OKTOBER 2021

Abg Jo Rasmi Sambutan Ulang Tahun Ke 10 KWPK Sarawak


KUCHING, Ketua Menteri, Datuk Patinggi Abang Zohari Tun Abang Haji Openg merasmikan Sambutan Ulang Tahun ke 10 Kementerian Kebajikan, Kesejahteraan Komuniti, Wanita, Keluarga dan Pembangunan Kesejahteraan Komuniti, Wanita, Keluarga dan Pembangunan Kanak-Kanak (KWKPK) Sarawak bertempat di sebuah hotel terkemuka di bandaraya pagi ini. 

Setibanya, Ketua Menteri telah disambut dengan persembahan warna-warni "Intan Payung" dan diikuti oleh ucapan. 

Seterusnya, majlis turut dimeriahkan penyampaian beberapa Geran Khas Kerajaan Negeri Sarawak kepada beberapa organisasi kerajaan bagi menjayakan Pelan Tindakan Bersepadu Menangani Isu Dadah dan Substans di Sarawak (MIDS) melalui tadbir urus One Stop Committee MIDS Negeri Sarawak. Antaranya adalah adalah Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik, Jabatan Kastam Diraja Malaysia dan Jabatan Kesihatan Negeri Sarawak. 

Hadir sama adalah Menteri Kebajikan ,Kesejahteraan Komuniti, Wanita , Keluarga dan Pembangunan Kanak-Kanak Sarawak, YB Dato Sri Hajah Fatimah Abdullah, Menteri Muda Kesejahteraan Komuniti , Datuk Francis Harden Anak Hollis, Menteri Muda Wanita, Keluarga dan Pembangunan Kanak-Kanak, Datuk Hajah Rosey binti Haji Yunus, Setiausaha Tetap Kementerian Kebajikan, Kesejahteraan Komuniti, Wanita, Keluarga dan Pembangunan Kanak-Kanak Sarawak, Dr. Hajah Rashidah binti Haji Bolhassan, Pesuruhjaya Polis Sarawak, Datuk Aidi Ismail.

Sumber dari : Sarawakku